Beberapa bulan yang lalu, seorang pelanggan masuk dan tanya saya tentang "jam nadi". Saya rasa dia tengah mencari smartwatch yang boleh mengukur nadi dan jantung, jadi saya tunjuk dia beberapa jenama smartwatch.
Tapi dia kata bukan , dia cari jam yang biasa tak bergerak, tapi bila kita pakai, dia akan bergerak. Kemudian, saya tahu dia sedang mencari jam tangan automatik atau jam mekanikal.
Jadi, saya tunjuk dia beberapa jam tangan automatik. Dia berkata: "Ya, ini adalah apa yang dia nak tengok."
Saya jelaskan kepadanya sebenarnya ini tidak berfungsi dengan nadi kita, ia berfungsi dengan pergerakan kita, terutamanya pergerakan tangan.
Bagaimanakah jam tangan automatik berfungsi?
Pergerakan jam tangan automatik mempunyai berat logam berputar bebas yang dipanggil pemutar (rotor), pergerakan (movement) dari pergelangan tangan pemakai menyebabkan pemutar berputar, apabila pemutar berputar ia secara automatik melilit pegas utama (mainspring) di dalam pergerakan yang memberikan kuasa untuk jam tangan.
Ia sama seperti mainan yang kita mainkan semasa kita kecil. Semakin lama anda menggulungnya, semakin lama ia boleh berfungsi.
Oleh itu, ia dipanggil jam tangan mekanikal atau jam tangan automatik, bukan "jam nadi".
Dia memahaminya, tetapi dia masih panggil "jam nadi" juga, mungkin dia tidak begitu memahaminya.
Kalau dia seorang sahaja, mungkin aku tak tulis blog ni, tapi aku nampak customer yang panggil "jam nadi" ni semakin banyak. Dan mereka tidak dapat memahami apa yang saya katakan.
Jadi, saya menulis blog ini untuk menerangkan mekanisme jam tangan automatik. Sila fahami mekanismenya dan panggil nama yang betul sebelum membelinya. Saya tahu reka bentuk pergerakan itu cantik, tetapi anda perlu belajar menggunakannya, supaya boleh menikmati pakai dan main jam automatik.